Tuesday, 20 December 2016

KENAPA KEINGINAN UNTUK MAKAN MAKANAN MANIS



Semasa zaman kanak-kanak, ketika ibu memberitahu supaya tidak menyentuh sesuatu, apakah perkara pertama yang seorang kanak-kanak akan lakukan? Sentuh, betul? 

 Menggunakan teori yang sama mengenai tabiat makan seseorang. Jika seseorang memberitahu untuk mengelakkan daripada makan balang berisi kuih kerana banyak kalori, adakah anda akan lebih terdorong untuk mengambil 1 atau lebih? Yakinlah, anda bukan berseorangan.

Dalam 1 kajian, penyelidik di Arizona State University mendapati bahawa apabila seseorang yang berdiet, dia didedahkan dengan mesej-mesej negatif tentang makanan seperti “makanan ringan dan manis adalah tidak sihat dan menggemukan”, tetapi keinginan menjadi lebih banyak untuk menikmati makanan yang tidak sihat.

Seseorang yang membaca mesej negatif mengenai pencuci mulut mempunyai fikiran yang lebih positif tentang makanan yang tidak sihat daripada orang yang telah terdedah kepada mesej positif atau neutral. Dalam kajian, seseorang yang sedang berdiet dan membaca sama ada mesej yang positif atau negatif tentang makanan ringan berisi gula, kemudian menyaksikan video sambil mengunyah snek.

Kumpulan yang membaca mesej negatif, akan makan biskut 39% lebih banyak daripada orang-orang yang membaca mesej positif. Kumpulan yang membaca mesej mengenai kebaikan dan keburukan makanan ringan memilih untuk makan sedikit snek yang tidak sihat daripada seseorang yang berdiet yang membaca mesej yang sangat negatif.

Seseorang meningkatkan minat untuk berdiet dan mengambil makanan yang tidak sihat selepas membaca mesej-mesej negatif kerana mereka merasa kebebasan untuk mengawal pilihan makanan terancam. Inilah sebabnya mengapa disyorkan menggunakan mesej yang positif dan negatif,  seperti “Pencuci mulut rasa enak, tetapi tidak baik untuk kesihatan jika makan berlebihan”.

Ini membantu mengekalkan kuantiti permakanan dan terkawal.
Mereka yang berdiet tidak melihat mesej negatif terhadap makanan yang tidak sihat sebagai ancaman kepada kebebasan memilih makanan. Sebaliknya, mereka melihat mesej ini memberikan lebih banyak pilihan.

Hasilnya, akan lebih cenderung untuk mematuhi mesej dan kurang memilih makanan yang tidak sihat.
Jadi pada masa akan datang, cuba bermain dengan mental. Ia hanya boleh menyediakan anda dengan keazaman yang berterusan..

No comments:

Post a Comment