Untuk mengurangkan berat badan anda tidak perlu menyeksa diri anda
(tidak makan dan diet yang membuatkan anda lapar). Anda akan terkejut dengan Tip no 6.
10 Tips ini mudah untuk diintegrasikan ke dalam rutin harian anda, dan disokong oleh pakar pemakanan -
1. Makan snek dengan bijak
Memakan snek di antara waktu makan merupakan satu tip yang terbaik. Tetapi pakar pemakanan kini tahu bahawa ia adalah lebih baik untuk memenuhi keinginan dengan snek sihat daripada mengabaikannya dan memakan snek "JUNK FOOD". Tips snek sihat adalah, snek protein, seperti keju, satu sudu mentega kacang di atas sekeping buah-buahan, atau satu mangkuk bersaiz sederhana kacang edamame.
2. Padamkan TV anda
Menurut satu kajian, makan sambil menonton TV boleh membuat anda makan 40 peratus lebih banyak kalori daripada biasa. Malah menghantar mesej telefon sambil makan, atau apa-apa aktiviti lain yang mengganggu aktiviti makan juga boleh menyebabkan anda makan terlalu banyak. Penyelesaiannya, 'plate your food' serta duduk dan makan di meja walaupun anda berseorangan.
3. Timbang berat anda
Jika berat anda bertambah dalam masa beberapa hari berturut-turut, ia adalah petanda kepada anda untuk KURANGKAN MAKAN dan lebihkan aktiviti bersenam.
4. Bersenam 3 kali seminggu
Melakukan 5 minit setiap push-up, lunges, dan squats (dalam jangka masa 30 saat) akan membantu membina dan mengekalkan jisim otot. Lagi banyak otot, lagi tinggi kadar metabolik badan anda untuk membakar lemak.
5. Alihkan perhatian jika nafsu makan anda meningkat
Jika fikiran anda melekat kepada satu makanan tertentu ( NASI KANDAR), telefon rakan anda untuk bertanya khabar supaya anda terlupa tentang keinginan untuk makan nasi kandar. Kajian menunjukkan bahawa keinginan hanya bertahan kira-kira 5 minit, jadi pada masa anda tamatkan panggilan, keinginan untuk memakan makanan tidak sihat telah reda.
6. Big Breakfast - PENTING!!!
Sarapan pagi yang terdiri dari karbohidrat, protein dan lemak menstabilkan kadar gula anda dan rasa kelaparan akan hilang. Pilih untuk makan sesuatu yang memuaskan untuk perut dan citarasa kita - seperti putih telur dan dada ayam belanda dengan roti bakar gandum.
7. Jauhi minuman manis
Minuman manis mengandungi kalori yang tinggi. Sebagai contoh, satu cawan teh tarik bersamaan 359kCal. Jadi, pilih minuman anda dengan bijak.
8. Makan buah-buahan dua kali sehari
Buah tidak mempunyai lemak dan kebanyakannya hanya mengandungi air. Jadi ia akan mengisi perut anda dengan karbohidrat yang mengandungi banyak serat sihat. Jika anda tidak makan gula, buah adalah pengganti terbaik untuk gula.
9. Tidur yang cukup
Dengan tidur hanya 30 minit lebih awal dan bangun 30 minit lebih awal daripada yang anda biasa boleh membantu anda membuat pilihan makanan yang lebih baik dan bijak. Apabila mendapat masa tidur yang cukup, anda kurang cenderung untuk makan snek akibat daripada keletihan atau tekanan.
10. Pikir kurus
Sentiasa pandang ke cermin dan bayangkan badan anda yang kurus, seksi dan sihat. Motivasi visual membolehkan anda sentiasa fokus untuk mencapai berat badan yang anda inginkan dan mengingatkan anda bahawa ia boleh dicapai!
No comments:
Post a Comment