Wednesday, 28 December 2016

JENIS-JENIS MAKANAN YANG MEMBERI RASA KENYANG DENGAN CEPAT

           


Mungkin ada yang sedang berdiet tinggi protein, tetapi ada kajian yang mendapati bahawa protein tidak memberi rasa kenyang dengan cepat.

Ramai yang meningkatkan pengambilan daging dan makanan lain yang kaya dengan protein ketika cuba untuk menurunkan berat badan yang berlebihan, kerana ramai percaya ia akan membantu merasa lebih kenyang ketika menggunakan kurang kalori.
Walau bagaimanapun, menurut pakar nutrisi, menyatakan terdapat kekurangan terhadap kajian tersebut. Pasukannya menganalisis data daripada pelbagai  kajian mengenai isu ini. Mengikut kajian ini kesimpulanya bahawa protein, membuat seseorang berasa lebih kenyang dengan lebih cepat.

Kajian ini diterbitkan pada 3 Mac dalam jurnal Akademi Pemakanan dan Dietetik.
Banyak bukti menunjukkan bahawa protein mengaktifkan pengeluaran hormon kenyang. Walau bagaimanapun, kajian yang dijalankan dalam populasi yang kecil atau pendekatan yang berbeza memberi keputusan yang berbeza.
Protein boleh membantu diet dengan memberi rasa kenyang, ia bukanlah 1 ubat ajaib untuk penurunan berat badan.

Perasaan seperti lapar dan kenyang itu bukan sahaja faktor yang mempengaruhi pengambilan kalori, mungkin juga atas sebab-sebab yang lain. Sesiapa yang pernah merasakan terlalu kenyang untuk menghabiskan makanan tetapi mempunyai ruang untuk pencuci mulut boleh memahaminya.

Berapa banyak protein diperlukan untuk berasa kenyang? Isu ini masih belum dapat diselesaikan. Namun, pengambilan protein secara sederhana boleh menjadi satu langkah pertama untuk  mengurangkan berat badan.

Kesan akan dialami dalam jangkamasa yang panjang. Pakar pemakanan berkata kajian adalah berguna, tetapi keberkesanan jangka panjang untuk penurunan berat badan daripada diet tinngi protein masih tidak menentu.

Maklumat ini mungkin berguna untuk menggalakkan lebih kajian dan mengkaji hubung kait pengambilan kalori dan berat badan.

Menurut pakar, kuantiti yang tepat akan memberi keputusan yang berbeza. Tetapi sebaik-baiknya mengambil pelbagai jenis protein, daripada tumbuhan dan berasaskan haiwan, dambil secara seimbang sepanjang hari. Ini tidak akan hanya menghilangkan kelaparan, ia akan menyediakan badan dengan asid amino yang diperlukan untuk aktiviti seperti pengeluaran hormon, imuniti dan kesihatan otot.

No comments:

Post a Comment