Monday, 16 January 2017

Permakanan Untuk Mendapatkan Bentuk Badan Ala Model..

Berikut adalah 5 tips memilih Permakan untuk dapatkan Bentuk Badan Terbaik :

Bina  jadual & waktu Permakan anda.
Anda Disarankan untuk  makan sekurang-kurangnya satu jam sebelum aktiviti workout yang dirancang anda. Perkara ini akan membantu badan anda cukup untuk menghadamkan makanan, supaya anda mempunyai tenaga untuk berworkout. Anda juga perlu makan sesuatu dalam jumlah yang kecil, sebagai contoh makan kuantiti buah-buahan secara sederhana adalah baik selepas latihan bina badan.
Banyakkan sumber protein dalam makanan anda.
Jika Anda Ingin makan sumber protein tanpa lemak apabila anda cuba untuk membina otot. Ayam, ikan dan daging adalah pilihan yang terbaik untuk pembina badan. Protein shake juga elok digunakan untuk membina otot.
Tingkatkan jumlah karbohidrat dalam diet anda.
Anda mungkin pernah mendengar orang yang ambil makanan berkarbohidrat tinggi sebelum dan selepas senaman. Karbohidrat memberi badan anda lebih banyak tenaga dan menggantikan nutrien yang hilang semasa senaman anda.
Tingkatkan bahagian hidangan & kadar pengambilan makanan anda.
Jika anda mengangkat berat, maka anda perlu makan lebih kerap. Orang yang aktif memerlukan lebih banyak kalori daripada orang yang tidak aktif bersukan.
Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran.
Buah & sayuran menyediakan tubuh anda dengan vitamin dan nutrien yang mencukupi semasa anda membuat latihan bina badan yang berat untuk menambahkan pembesaran otot.
Tips EXTRA Yang Penting!!!
1. Jangan lupa untuk minum air mineral yang banyak semasa dan selepas senaman angkat berat. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan risiko kesihatan yang negatif.
2. Anda juga boleh menggunakan sumber vegetarian untuk keperluan protein pada tubuh anda. Anda boleh menggunakan sumber sayur sayuran atau pun sumber pure protein sperti telur atau daging ayam dan lain lain..

No comments:

Post a Comment