Sunday, 8 January 2017

10 SEBAB WANITA PERLU MEMBUAT LATIHAN ANGKAT BERAT



Pakar kesihatan berkata, wanita harus melakukan latihan angkat berat dan tidak seharusnya takut untuk menggunakan mesin kardio. Latihan angkat berat tidak akan membuatkan seorang wanita kelihatan mempunyai seperti sebuah otot yang pelik. Apabila dilakukan dengan betul, latihan angkat berat ini akan membantu menurunkan berat badan, membentuk tubuh dan menjadi lebih sihat. 10 sebab yang disenaraikan akan mengubah tanggapan untuk melakukan latihan angkat berat. Beberapa tahun dahulu terdapat pelbagai maklumat mengenai kepentingan latihan kekuatan untuk wanita, namun masih ramai lagi wanita yang takut untuk mencuba.Secara umum, wanita masih yakin bahawa menggunakan mesin-mesin kardio adalah tidak sesuai. Wanita tidak seharusnya takut untuk membuat latihan angkat berat.
.
1. Mengurangkan Lemak Badan Purata wanita yang yang membuat latihan kekuatan 2-3 kali seminggu selama 2 bulan akan mendapat hampir 2 paun otot dan akan kehilangan 3.5 paun lemak. Peningkatan otot mengaktifkan metabolisme dan lebih banyak kalori sepanjang hari. Untuk setiap paun otot yang terbentuk, akan membakar 35 hingga 50 lebih kalori setiap hari. Peningkatan metabolisme yang tinggi merupakan tips utama untuk membantu mengekalkan berat yang ideal.
.
2. Mendapat Kekuatan Tanpa Otot BerlebihanRamai yang risau jika terbentuk otot yang besar. Biasanya otot tidak akan terbentuk terhadap wanita yang melakukan latihan kekuatan berbanding dengan lelaki kerana hormon yang berlainan.Biasanya kita akan membawa beg yang lebih berat daripada berat yang sanggup diangkat di gimnasium. Ulang 12-15 kali sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Latihan yang terakhir seharusnya menjadikan seseorang berasa selesa dalam kepenatan.
.
3. Mengurangkan risiko Penyakit Jantung Lebih penting dari 2 sebab di atas iaitu kesihatan. Jangan terkejut bahawa serangan sakit jantung ialah pembunuh senyap paling utama. Latihan angkat berat telah terbukti dapat meningkatkan kesihatan kardiovaskular dalam beberapa cara, termasuk mengurangkan LDL iatu kolestrol tidak sihat dan meningkatkan HDL iaitu kolestrol sihat dan merendahkan tekanan darah. Apabila senaman kardiovaskular ditingkatkan, kebaikan untuk kesihatan juga bertambah.
.
4. Mengurangkan Risiko KanserPersatuan kanser menganggarkan bahawa 1/3 daripada kanser yang menyebabkan kematian adalah disebabkan oleh cara pemakanan dan aktiviti fizikal. Latihan kekuatan meningkatkan pembentukan tubuh badan lebih cekap secara keseluruhan.
.
5. Mengurangkan Risiko DiabetesLatihan angkat berat boleh memperbaiki cara badan memproses gula dalam darah iatu boleh mengurangkan risiko penyakit kencing manis. Orang dewasa yang berpenyakit kencing manis menjadi satu masalah yang semakin meningkat untuk wanita dan lelaki. Kajian menunjukkan bahawa latihan angkat berat boleh meningkatkan penggunaan glukosa didalam badan sehingga 23% dalam masa 4 bulan.
.
6. Mengurangkan Risiko Kecederaan, Sakit Belakang & ArthritisLatihan kekuatan bukan sahaja boleh membina otot-otot yang lebih kuat, tetapi juga membina tisu-tisu penghubung yang kuat dan sendi lebih stabil. Ini bertindak sebagai tetulang untuk sendi dan membantu mengelakkan kecederaan. Di samping itu, kajian telah menyatakan bahawa latihan angakat berat boleh meringankan sakit Osteoartritis dan menguatkan sendi.
.
7. Meningkatkan Sikap Positif & Mengelakkan KemurunganLatihan kekuatan boleh mengurangkan gejala-gejala kemurungan dan terbukti secara klinikal. Wanita yang melakukan latihan kekuatan biasanya mengatakan rasa lebih yakin dan mampu melakukan sesuatu program dengan bersemangat iaitu faktor yang penting dalam memerangi kemurungan. Di samping itu, wanita akan berasa lebih bertenaga dan mendapat tidur yang lebih baik.
.
8. Menjadi Lebih Kuat Secara FizikalMeningkatkan kekuatan akan membuatkan seseorang kurang bergantung terhadap orang lain dalam kehidupan harian. Hidup lebih berdikari dan tidak meminta bantuan. Aktiviti harian akan menjadi lebih mudah seperti mendokong kanak-kanak kecil, mengangkat barangan runcit dan melakukan basuhan tidak akan lagi membuatkan seseorang berasa melakukan sesuatu yang ajaib. Jika kekuatan maksimum seseorang melakukan tugas-tugas harian meningkat, rutin senaman akan menjadi jauh lebih senang dan cenderung untuk mengurangkan kecederaan dan kepenatan.
.
9. Tidak Pernah Terlambat Untuk Mendapat ManfaatWanita dari pelbagai golongan tanpa mengira umur boleh memulakan latihan kekuatan. Wanita yang tergolong dalam 70-an dan 80-an boleh membina kekuatan yang ketara melalui latihan angkat berat. Dicadangkan supaya mendapatkan seorang profesional sebelum memulakan latihan dan membantu memberikan arahan, menyempurnakan latihan dan dapatkan pelan terbaik untuk melihat peningkatan.
.
10. Latihan Kekuatan Membantu Mencapai Kesihatan Yang DiinginkanLebih penting, latihan kekuatan akan membantu mengekalkan tubuh badan yang sihat secara keseluruhan dan berpanjangan apabila mencapai matlamat yang diinginkan. Perkembangan otot, mengurangkan lemak badan yang memberi semua manfaat dengan menambah rutin latihan kekuatan.Selalunya ada yang bertanya mengenai inisiatif-inisiatif menjaga kesihatan. Jawapan yang terbaik ialah bahawa bukan ajal maut yang ditakutkan tetapi mahu hidup lebih sihat dan bebas dari penyakit.

No comments:

Post a Comment