Monday, 16 January 2017

MAKANAN UNTUK MENGURANGKAN LEMAK


MAKANAN UNTUK MENGURANGKAN LEMAK

Yogurt
Yogurt diketahui sebagai makanan yang sesuai untuk semua jenis hidangan dan banyak digunakan sebagai hidangan sampingan kepada makanan utama.
Ia mempunyai kandungan protein yang tinggi dan juga mengandungi vitamin D dan kalsium yang boleh menguatkan tulang.
Mengikut kajian, untuk 7 hidangan yogurt mempunyai secara purata 18 gram protein.
Yogurt juga mempunyai bakteria usus yang sihat untuk membantu proses pencernaan makanan dan seterusnya mengurangkan pembentukan lemak di dalam badan.
Brokoli
Sayuran ini memiliki kalori rendah dan kandungan serat yang tinggi.
Ini menyebabkan anda cepat kenyang dan mengurangkan rasa lapar.
Brokoli merupakan sayuran yang baik untuk badan kerana mempunyai kalsium, zat besi dan vitamin C yang membantu pengaliran darah yang banyak ke otot, menguatkan tulang dan mempertingkatkan tahap imuniti badan.
Ikan Salmon
Salmon dikenali sebagai makanan yang baik untuk dijadikan sebagai menu harian anda kerana mengandungi asid lemak Omega 3.
Ia juga membekalkan sumber protein yang baik untuk badan.
Bagus diambil menu ikan bakar.
Teh Hijau
Teh hijau banyak membantu dalam proses pembakaran lemak. Ia memiliki kalori yang rendah dan kaya dengan antioksidan.
Demikian 4 makanan yang boleh anda gunakan untuk mengurangkan berat badan anda dan membentuk badan sado.
Cuba amalkan dalam diet harian anda dan anda boleh lihat kesannya dalam 1-2 bulan.

No comments:

Post a Comment