Monday, 16 January 2017

Makan dan Jadi Sihat


Makan dan Jadi Superpower


Mempunyai super power sememangnya menakjubkan, dan tahukah anda, menurut beberapa kajian, makanan yang anda makan mampu memberikan anda kelebihan untuk berlari dengan pantas, kemampuan untuk mendengar, melihat lebih dari biasa.



Pendengaran yang lebih baik : Bayam dan walnut.

Folate ( vitamin B yang ditemui dalam daun hijau, bijirin dan kekacang ) dan omega-3 ( lemak sihat temui dalm walnut, ikan dan biji flaks ) membantu menghalang hilang keupayaan untuk mendengar. Satu penemuan baru dalam Journal of Nutrisi, menyatakan bahawa kekurangan folate vitamin B membuatkan anda 35% berisiko lebih tinggi untuk hilang keupayaan untuk mendengar jika anda berusia 50an dan keatas. Ini kerana, kekurangan folate membuatkan jumlah homocysteine yang dirembeskan meningkat dan secara tidak langsung menyekat aliran darah ke cochlea ( bahagian dalam telinga ) yang menukarkan bunyi kepada isyarat elektrik yang disampaikan ke otak.

Para pengkaji mendapati perserta kajian yang memakan lebih dari 2 hidangan ikan seminggu kurang mendapat hilang keupayaan untuk mendengar. Malah, bagi segelintir peserta yang telah kehilangan sebahagian pendengaran mendapati apabila mereka makan lebih hidangan ikan, proses hilang upaya mendengar mulai perlahan. Para penyelidik mendapati ciri-ciri anti-inflamasi dalam omega-3 membantu untuk merendahkan risiko vaskular seperti tekanan darah tinggi yang mana membantu untuk melindungi dari hilang upaya mendengar.



Melihat lebih baik : Brokoli, badam dan telur.

Semakin kita meningkat usia, kita lebih terdedah untuk mendapat AMD ( Age-related Macular Degeneration ) yang menyebabkan buta dikalangan mereka yang berusia lebih 50 tahun. Kajian mendapati vitamin C, vitamin E, zink, lutein dan zeaxanthin membantu untuk melindungi dan memperlahan proses buta ini. Satu kajian di Australia mendapati pengambilan sayuran yangbanyak dalam diet haria merendahkan risiko untuk mendapat AMD. Meskipun ini memerlukan lebih kajian, naum tak salah untuk diamalkan kerana sayuran dan buahan sememangnya baik untuk kesihatan.



Lebih bijak & pandai : Sardin, Tuna dan Salmon

Ikan yang berlemak seperti sardin, tuna dan salmon kaya dengan sumber DHA ( omega-3 ) dan pengambilan DHA kira-kira 200mg sehari mempunyai kebaikan mental berfikir. Makan ikan berlemak 2 kali seminggu dan anda juga memperelok pendengaran anda. Antara makanan yang diperkaya dengan DHA adalah yoghurt, dan anda boleh tambahkan dalam hidangan diet anda.



Berlari dengan lebih pantas : Ceri


Pemilihan sneaker baru memainkan peranan untuk berlari lebih laju, naum jika anda inginkan kekuatan dan keupayaan berlari lebih pantas melalui makanan, cuba quercetin. Quercetin, sejenis phytochemical yang ditemui dalam makanan seperti ceri, epal, bawang, brokoli dan anggur, boleh meransang ketahanan bersenam anda. Satu kajian menunjukkan bahawa penunggang basikal yang mengambil quercetin sebagai makanan tambahan berupaya untuk menunggang lebih lama. Para penyelidik bersetuju bahawa quercetin membekalkan lebih banyak oksigen ke paru-paru.

No comments:

Post a Comment