STRESS
.
Tekanan
Tekanan atau stress yang berpanjangan boleh menjejaskan kesihatan. Tidak kiralah tekanan disebabkan kerja atau hubungan peribadi atau apa sahaja yang memberikan tekanan boleh memberi impak negatif dalam kehidupan seharian.
.
Banyak cara dan kaedah yang biasa dilakukan oleh mereka yang mengalami tekanan seperti mendapatkan urutan di spa, atau bercuti di tempat-tempat menarik, cara ini memerlukan kos yang agak besar.
.
Ada juga yang mengambil cara yang salah iaitu makan dan makan, cara ini bukannya dapat menghilangkan tekanan malah meningkatkan risiko untuk gemuk dan mendapat penyakit.
.
.
Terdapat beberapa cara mudah untuk hilangkan tekanan tanpa perlu berhabis wang yang banyak.
.
HILANGKAN TEKANAN ANDA DENGAN MUDAH
1. Hirup Udara Segar
Menghirup udara segar di waktu pagi terutamanya boleh meningkatkan hormon serotonin (bahagia) dengan pengeluaran vitamin D dalam badan oleh sinaran matahari.
Keluarlah pada waktu pagi untuk menikmati udara segar dan pemandangan hijau di waktu pagi yang membantu mengalihkan anda dari fikiran yang serabut.
.
Anda tinggal di bandar yang sibuk?Tiada pemandangan hijau di kawasan anda tinggal? Wujudkan ia dengan menanam atau meletakkan beberapa tanaman hijau. Washington State University telah melakukan kajian yang membuktikan meletakkan beberapa tanaman berdekatan dengan meja kerja anda akan menurunkan tekanan darah dan mengurangkan stress.
.
2. Lilin
Nyalakan lilin dan merenung kerdipan lilin boleh membantu anda merasa tenang.
Awas, pastikan anda tidak menyalakan lilin di tempat atau berdekatan tempat yang boleh mencetuskan kebakaran.
.
3. Imaginasi
Hasil penelitian dari University of California,Los Angeles, saat otak membayangkan tempat indah dan menenangkan, hormon kortisol (stress) dikeluarkan dari tubuh.
Jadi, bayangkan tempat yang indah yang boleh membuatkan anda rasa tenang. Pejam mata dan bayangkan, dan apabila anda buka mata, pasti anda merasa tenang.
.
4. Tidur
Anda perlu meluangkan sedikit masa untuk berehat pada waktu siang.
Sekiranya anda bekerja, anda boleh menutup mata sambil menyandarkan kepala di kerusi untuk beberapa minit untuk mengembalikan tenaga anda.
.
5. Haiwan Peliharaan
Memelihara haiwan peliharaan dapat membantu anda merasa tenang selain dapat menghilangkan rasa sunyi.
Haiwan yang sesuai dijadikan haiwan peliharaan adalah seperti kucing, ikan atau burung.
.
6. Senaman
Senaman mampu meningkatkan penghasilan hormon endorfin, membantu anda mengatur ritma tidur, meningkatkan tenaga, rasa tenang dan lebih fokus.
Pilih senaman yang anda sukai dan luangkan sedikit waktu untuk melakukan senaman.
.
7. Terima Kasih
Berdasarkan penelitian di National Institutes of Health, mengekspresikan rasa syukur secara terbuka dapat meningkatkan hypothalamus iaitu bahagian otak yang memainkan peranan besar dalam mempengaruhi tahap stress.
Rasa syukur juga dapat mengaktifkan hormon dopamine yang menghantar isyarat rasa senang kepada otak.
Anda boleh mulakan dengan mengungkapkan rasa syukut dengan menulis kata-kata positif pada nota kecil atau mengucapkan terima kasih pada rakan atau ahli keluarga
.
8. Pengambilan Supplemen
Pengambilan supplemen yang bersifat anti-stress juga bagus diamalkan bagi memastikan anda tidak mudah merasa tertekan.
Terdapat banyak lagi cara untuk mengurangkan tekanan, antaranya bagi yang beragama Islam, anda boleh melakukan solat sunat, membaca Quran ataupun berzikir, membaca buku kegemaran juga mampu mengurangkan tekanan anda.
.
.
Yang penting, jangan biarkan tekanan berlarutan kerana ia mempu menjejaskan kesihatan serta kehidupan anda.
No comments:
Post a Comment