Sunday, 12 February 2017

NAK KEMPISKAN PERUT DALAM SEMINGGU??? Tak Mungkin…. .


Antara bahagian yang paling susah untuk kita kecilkan ialah bahagian perut. Bahagian perut memang adalah tempat antara yang paling perlukan masa.
Lagi lagi kalau ada yang mengidam untuk dapatkan bentuk 6 abs tu, memang lagi tersangat perlukan masa.
Ada yang kata, kalau perut buncit atau boroi dengan cepat adalah dengan melakukan sit ups berkali kali selalu.
.
Adakah betul?
TIDAK, bila perut anda dalam keadaan buncit, dan lagi pula anda buat sit up, PASTI perut anda akan menjadi lebih besar dan lebar. PASTI, CONFIRM..
.
Jangan buat sebelum menyesal.
.
Penyebab Perut Buncit!!!
Anda mesti faham, penyebab perut anda buncit adalah besar kemungkinan disebabkan pemakanan anda. Dan kurangnya kadar metobolisme dalam badan. Disebabkan ini, pengawalan pemakanan anda adalah cara yang paling utama untuk mengatasi masalah ini.
.
Berikut merupakan perkongsian kami untuk anda yang cuba untuk kurangkan buncit perut anda. Tips tips di bawah bukan hanya sekadar kata kata biasa, malah ia memang insyaAllah akan menjadi.
Tapi, itu lah. Bahagian perut ni memang perlukan masa lebih sikit.
Disebabkan ia perlukan masa yang lebih lama, buatkan anda senang untuk putus asa dan terus menyalahkan apa sahaja cara yang anda guna. Sedangkan memang tiada cara lain dah selain di bawah ni.
Pertama.
Kurangkan Pengambilan Gula.
.
Gula yang dimaksudkan ini bukan gula yang memang kita panggil gula sahaja tau. Malah kandungan gula dalam buah buahan pun.
.
Contoh macam salah satu diet yang popular ialah Diet Atkin yang memang lansung tak benarkan pengambilan buah buahan semasa dalam tempoh awal diet rutin bermula.
.
Jadi gula, sememang nya tidak dan jangan dan mesti di kurangkan.
.
Dah kurangkan gula, lebihkan pula Air
.
Tips minum air secukup ni boleh kata sudah lapuk. Kami pasti ramai yang sudah tau. Tapi yang lapuk ni lah buat orang lain rasa tersangat malas nak follow. Mungkin 2 3 hari awal pertama sahaja.
Walaupun ia sekadar air biasa yang tersangat murah, tapi tersangat lah juga susahnya nak buat.
.
Disebabkan? Rasanya tawar dan tidak sejuk.
.
Air sejuk kalau boleh jangan minum sebab ia buatkan perut anda menjadi mengelembung..
.
Protein
Pengambilan Protein tidak akan membuatkan badan anda naik. Dan ini adalah salah satu punca utama untuk kejayaan bagi Diet Atkin yang memang mengutamakan protein dalam makanan. Protein juga akan membuatkan anda akan rasa lebih mudah kenyang ( tapi bukan hari pertama anda amalkannya, perlu kan 3 4 hari untuk buat perut anda rasa selesa ).
Tapi jangan ambil terlebih protein atau ambil protein sahaja.
Pastikan ianya seimbang.
.
Karbohirat
Karbohidrat adalah punca utama badan seseorang itu menjadi obes dan kegemukan.
Maka kurangkan makan yang tinggi nilai karbohidrat untuk anda dapatkan pemakanan yang seimbang.
Seperti contoh satu pinggan nasi ada dalam 100g jumlah karbohidrat.
Dan gunakan calculator karbo ini untuk kira berapa jumlah karbohidrat yang anda perlukan sehari.
Kalau lebih daripada apa yang perlu, akan buatkan badan anda makin naik, sekali gus tidak akan mengurangkan saiz perut buncit anda.
.
Lagi satu, untuk kurangkan perut, bukan bermaknya anda boleh sesuka hati untuk memilih mana mana bahagian untuk anda kurangkan.
Diet bukan begitu. Anda mesti lakukan total weight losing pada badan anda.
.
Kardio
Ya memang melakukan sit up akan memburukkan lagi keadaan dan bentuk perut anda sahaja.
Sebab pasti perut anda akan menjadi lebih besar disebabkan otot otot perut yang mengembang disebabkan senaman tekanan yang anda lakukan.
Tapi bukan bermaksudnya anda tidak boleh senaman lansung.
Sebaliknya senaman kardio seperti berlari jogging dan berbasikal adalah solusi terbaik untuk anda percepatkan proses penurunan atau penggunaan jumlah kalori tadi..
.
Akhir sekali yang tidak kurang pentingnya juga ialah…
Anda perlu track perubahan dan tindakan yang anda buat sebagai hasil.
Seperti contoh, anda perlu catat pengambilan jumlah kalori yang anda ambil setiap hari.
.
Begitu juga dengan aktiviti yang anda jalankan untuk membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak anda semasa melakukan sukan kardio.
Selain daripada penimbang berat yang anda perlukan sangat sangat.
Anda juga perlukan pita pengukur untuk anda track perubahan yang berlaku..
.
Kerana besar kemungkinan walaupun berat anda masih lagi sama yang anda jangkakan pasti akan turun disebabkan diet yang anda lakukan. Tapi tidak semestinya juga, kerana kemungkinan kesan itu lebih nampak pada ukur lilit perut anda.
.
#musclesolid
#infomusclesolid
#gayahidupsihatmusclesolid
#tipsinfokesihatan
#gayahidupsihat
#fitmalaysia

No comments:

Post a Comment