Hari ini kami akan kongsikan bersama anda 11 tips cara untuk merendahkan kadar cholestrol dalam badan anda.
Tip no 1: Herba
Herba seperti bawang putih, halia, lada hitam, daun sup dan serbuk kayu manis boleh memberi lebih khasiat daripada just nak buat makanan tu lebih sedap. Ia juga dapat merendahkan cholestrol. Satu kajian menunjukkan bahawa jika kita makan satu ulas bawang putih sehari, dapat merendahkan cholestrol sehingga 9%.
Tips no 2: BERHENTI MEROKOK!!!!
Merokok meningkatkan LDL dan merendahkan HDL dan berhenti merokok selalunya dapat improve. Dalam satu kajian, membuktikan bahawa perokok yang berhenti merokok dapat meningkatkan cholesterol bagus dalam badan kepada 5%.
Tips no 3 : Senyum dan gelak selalu
Pernah dengar tak org cakap " Laughter is the best medicine"?
Gelak meningkatkat HDL. Tambahkan benda kelakar dalam hidup kita dgn cara, menonton maharaja lawak, video youtube kelakar, ataupun sign up instagram/ facebook page yang ada benda kelakar.
Tips no 4: Banyakkan bergerak
Bersenam sekurang-kurangnya 2½ jam seminggu sudah cukup untuk meningkatkan HDL dan memperbaiki LDL serta trigliserida. Jika anda tidak aktif, mula perlahan-lahan walaupun 10 minit. Pilih senaman digemari bersama rakan yang boleh membantu serta memberi semangat.
Tips no 5: Tambahkan serat
Makanan seperti oatmeal, epal, prun, dan kacang, tinggi dengan serat larut air. Ia akan menyerap kolesterol dari badan. Penyelidikan menunjukkan bahawa mereka yang makan 5 - 10 gram lebih daripada itu setiap hari melihat penurunan dalam LDL mereka. Makan lebih banyak serat juga membuatkan lebih berasa kenyang sekaligus akan kurang mengidam makanan ringan. Tetapi serat yang terlalu banyak pada satu-satu masa boleh menyebabkan kekejangan perut atau kembung.
Tips no 6: Ikan
Cuba makan 2 - 4 kali seminggu ikan. Bukan sahaja lemak omega-3 yang sihat, tetapi dengan menggantikan daging merah dengan ikan akan menurunkan kolesterol dan mengurangkan lemak tepu. Beberapa jenis seperti ikan jerung, ikan todak dan ikan mackerel, mengandungi tinggi merkuri yang boleh meningkatkan risiko untuk penyakit jantung. Sebaiknya, pilih ikan salmon, sardin dan tuna.
Tips no 7: Minyak Zaitun
Gunakan minyak zaitun dari menggunakan mentega boleh mengurangkan kolestrol LDL sebanyak 15%. Sama dengan kesan dos rendah ubat-ubatan. Lemak "baik" dalam minyak zaitun memberi manfaat kepada jantung. Pilih minyak zaitun asli, ia kurang diproses dan mengandungi lebih banyak antioksidan yang membantu menghalang penyakit.
Tips no 7: Kekacang
Kebanyakan jenis kekacang boleh merendahkan LDL kerana ia mengandungi sterol yang berfunsi seperti serat, menjaga badan dengan menyerap kolesterol. Cuma jangan terlebih makan.Kacang tinggi dengan kalori.
Tips no 8: Berehat
Apabila sedang tertekan, kolesterol boleh naik mendadak. Hendaklah berehat. Lupakan sebentar buku atau kerja. Berehat dan jumpa rakan untuk berbual-bual sambil minum kopi, atau buat senaman yoga. Ia akan membantu mengawal kolesterol.
Tips no 9: Ban Trans Fats
Lemak Trans fat meninggi kan LDL dan merendahkan HDL, disamping meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. Agak sukar untuk mengelaknya di Malaysia kerana ia ter dapat dalam makanan bergoreng, cake dan pastries dan even dalam margerine.
Macam mana hendak mengelaknya? Baca lebel apabila hendak membeli barang di supermarket.
Tips no 10: Diet dan kurangkan sedikit berat
Tak semestinya kena lose weight yang banyak untuk merendahkan kolestrol. Jika anda overweight, kurangkan 3 kg dan anda akan merendahkan LDL sebanyak 8%. Tapi untuk selamat, "reduce your weight" tapi secara perlahan-lahan. Dapat 1kg seminggu pun dah cantik. Makan meal plan ezdiet yang berkalori rendah akan membantu anda kurangkan berat secara selamat. Plan yang berkalori 1200-1600 cukup untuk lelaki dan wanita.
No comments:
Post a Comment