Monday, 27 February 2017

3 CARA NAK TURUNKAN BERAT BADAN DARIPADA MUSCLESOLID





Bagaimana hendak turunkan berat badan? Nak makan apa untuk turunkan berat badan? Macam mana nak rancang pemakanan?(meal planning). Kami mendapat banyak pertanyaan di inbox daripada follower musclesolid seperti anda bertanyakan soalan yang lebih kurang sama. Apa yang kami boleh katakana, banyak factor nak kena consider. Umur, jantina, lifestyle, exercise dan macam-macam lagi
.
Disini MUSCLESOLID nak share sikit tips dan trick kami untuk menurunkan berat badan dan dapatkan result dengan cepat.
.
Trick 1. Makan setengah portion carbs (Carbs paling famous di Malaysia. “NASI”)
Don’t get me wrong: Kami bukan nak cakap semua org kena ikuti program low carb seperti our “Special Weightloss Program”, apa yang kami nak cadangkan adalah, makan setengah sahaja, nasi, roti ataupun pasta berbanding portion penuh selalu, disamping itu lebihgkan sayur. Tetap kenyang!!! ( pilih multigrain yang akan membuatkan anda kenyang lebih lama ). Jadi, apabila makan nanti, ambil nasi separuh. Amalkan.

Trick 2. Makan Salad setiap hari untuk Lunch
Ni bukan cerita mangkuk salad kecik. Kami cadangkan satu mangkuk besar Salad yang diperkaya dengan fiber, dihias dengan protein seperti ayam, salmon ataupun tofu bakar. Dengan menggabungkan dua jenis makanan ini, Sayur dan protein akan membuatkan anda kenyang.
.
Trick 3. Makan setiap 3 hingga 4 jam
Bila anda mengawal kalori anda, adalah penting untuk makan banyak kali satu hari supaya anda tidak terlalu lapar. Disamping meningkat kan metabolism badan anda, ia melatih anda makan dalam portion yang sedikit. Makan dan snek setiap beberapa jam akan membuatkan anda tidak lapar sepanjang hari. Tapi pastikan lagi banyak kali anda makan, pastikan kalori snek anda lebih rendah setiap kali makan. kami mencadangkan: Apple dan beberapa almond ataupun carrot dan celery stick dengan beberapa sudu mentega kacang..

11 tips cara untuk merendahkan kadar cholestrol dalam badan anda.

Hari ini kami akan kongsikan bersama anda 11 tips cara untuk merendahkan kadar cholestrol dalam badan anda.
Tip no 1: Herba
herba


Herba seperti bawang putih, halia, lada hitam, daun sup dan serbuk kayu manis boleh memberi lebih khasiat daripada just nak buat makanan tu lebih sedap. Ia juga dapat merendahkan cholestrol. Satu kajian menunjukkan bahawa jika kita makan satu ulas bawang putih sehari, dapat merendahkan cholestrol sehingga 9%.
Tips no 2: BERHENTI MEROKOK!!!!
rokok

Merokok meningkatkan LDL dan merendahkan HDL dan berhenti merokok selalunya dapat improve. Dalam satu kajian, membuktikan bahawa perokok yang berhenti merokok dapat meningkatkan cholesterol bagus dalam badan kepada 5%.
Tips no 3 : Senyum dan gelak selalu
senyum

Pernah dengar tak org cakap " Laughter is the best medicine"?
Gelak meningkatkat HDL. Tambahkan benda kelakar dalam hidup kita dgn cara, menonton maharaja lawak, video youtube kelakar, ataupun sign up instagram/ facebook page yang ada benda kelakar.
Tips no 4: Banyakkan bergerak
workout

Bersenam sekurang-kurangnya 2½ jam seminggu sudah cukup untuk meningkatkan HDL dan memperbaiki LDL serta trigliserida. Jika anda tidak aktif, mula perlahan-lahan walaupun 10 minit. Pilih senaman digemari bersama rakan yang boleh membantu serta memberi semangat.
Tips no 5: Tambahkan serat
serat


Makanan seperti oatmeal, epal, prun, dan kacang, tinggi dengan serat larut air. Ia akan menyerap kolesterol dari badan. Penyelidikan menunjukkan bahawa mereka yang makan 5 - 10 gram lebih daripada itu setiap hari melihat penurunan dalam LDL mereka. Makan lebih banyak serat juga membuatkan lebih berasa kenyang sekaligus akan kurang mengidam makanan ringan. Tetapi serat yang terlalu banyak pada satu-satu masa boleh menyebabkan kekejangan perut atau kembung.
Tips no 6: Ikan
ikann


Cuba makan 2 - 4 kali seminggu ikan. Bukan sahaja lemak omega-3 yang sihat, tetapi dengan menggantikan daging merah dengan ikan akan menurunkan kolesterol dan mengurangkan lemak tepu. Beberapa jenis seperti ikan jerung, ikan todak dan ikan mackerel, mengandungi tinggi merkuri yang boleh meningkatkan risiko untuk penyakit jantung. Sebaiknya, pilih ikan salmon, sardin dan tuna.
Tips no 7: Minyak Zaitun
minyak zaitun 1

Gunakan minyak zaitun dari menggunakan mentega boleh mengurangkan kolestrol LDL sebanyak 15%. Sama dengan kesan dos rendah ubat-ubatan. Lemak "baik" dalam minyak zaitun memberi manfaat kepada jantung. Pilih minyak zaitun asli, ia kurang diproses dan mengandungi lebih banyak antioksidan yang membantu menghalang penyakit.
Tips no 7: Kekacang
kacang


Kebanyakan jenis kekacang boleh merendahkan LDL kerana ia mengandungi sterol yang berfunsi seperti serat, menjaga badan dengan menyerap kolesterol. Cuma jangan terlebih makan.Kacang tinggi dengan kalori.
Tips no 8: Berehat
berehat


Apabila sedang tertekan, kolesterol boleh naik mendadak. Hendaklah berehat. Lupakan sebentar buku atau kerja. Berehat dan jumpa rakan untuk berbual-bual sambil minum kopi, atau buat senaman yoga. Ia akan membantu mengawal kolesterol.
Tips no 9: Ban Trans Fats
fat


Lemak Trans fat meninggi kan LDL dan merendahkan HDL, disamping meningkatkan risiko penyakit jantung dan strok. Agak sukar untuk mengelaknya di Malaysia kerana ia ter dapat dalam makanan bergoreng, cake dan pastries dan even dalam margerine.
Macam mana hendak mengelaknya? Baca lebel apabila hendak membeli barang di supermarket.
Tips no 10: Diet dan kurangkan sedikit berat
diet s

Tak semestinya kena lose weight yang banyak untuk merendahkan kolestrol. Jika anda overweight, kurangkan 3 kg dan anda akan merendahkan LDL sebanyak 8%. Tapi untuk selamat, "reduce your weight" tapi secara perlahan-lahan. Dapat 1kg seminggu pun dah cantik. Makan meal plan ezdiet yang berkalori rendah akan membantu anda kurangkan berat secara selamat. Plan yang berkalori 1200-1600 cukup untuk lelaki dan wanita.

Monday, 20 February 2017

Catriona Ross Mengambil Masa Hanya Lima Bulan Untuk Menurunkan Berat Badan Sebanyak 17 kilogram.




Pelakon Catriona Ross  mengambil masa hanya lima bulan untuk menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram.

Catriona berkata bukan mudah untuk menurunkan berat badan setelah melahirkan tiga orang anak.

Bagaimanapun Catriona memberitahu ia tidak mematahkan semangatnya demi kelihatan langsing dan cantik

Hasilnya, berat badan Catriona kini turun ke 58 kilogram (kg) berbanding 75 kg sebelum ini.

Berikut merupakan 5 tips berguna yang dilakukan selama lima bulan proses menurunkan berat badan:

1. Daki gunung
"Saya mahu menurunkan berat badan secara cepat, jadi saya perlu lakukan senaman yang extreme. Saya pun telah menyertai satu kelab mendaki gunung. Saya mendaki hampir setiap minggu untuk mengeluarkan peluh yang banyak,"

2. Berenang
"Saya mahu lalukan proses penurunan berat badan secara natural sebab itu saya tidak mengambil ubat kurus atau menjalankan pembedahan untuk menurunkan berat badan. Jadi saya memang perlu lakukan aktiviti luar juga selain diet seperti berenang dan bersenam kerana ia mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan saya,"

3. Eat clean diet
"Saya mengamalkan diet eat clean (makan bersih)  sepanjang lima bulan ini. Contohnya waktu pagi saya mengambil roti wholemeal dan scrambled egg sahaja ,"

4. Makanan kukus tanpa minyak
"Sepanjang diet itu juga saya tidak makan makanan yang berminyak dan semua makanan saya dimasak dengan cara kukus seperti sayur kukus dan scrambled egg juga digoreng tanpa minyak,"

 5. Beras Perang
"Saya tetap makan nasi, cuma tengahari saya makan brown rice (beras perang) bersama lauk yang saya masak tanpa minyak. Memang agak drastik tetapi kesannya juga cepat,"

Monday, 13 February 2017

Tips Diet Seimbang .


Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.
1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.
Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.
.
2. Banyakkan juga memakan kekacang.
Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein, karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B). Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan – boleh didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu, tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.
.
3. Banyakkan minum air.
Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan, pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga 21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga, untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan lain.
.
4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.
Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak berlebihan dengan:
Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam masakan.
Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh (contoh: kulit ayam).
Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar, menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada menggoreng.
.
5. Kurangkan gula.
Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis, serangan jantung dan sebagainya.
.
6. Kurangkan garam
Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu banyak air di bawah kulit (edema).
.
#tipssihat
#tipsdiet
#tipsmusclesolid
#gayahidupsihat
#sihatdancergas
#fitmalaysia
Sumber dari UTUSAN PENGGUNA

Sunday, 12 February 2017

NAK KEMPISKAN PERUT DALAM SEMINGGU??? Tak Mungkin…. .


Antara bahagian yang paling susah untuk kita kecilkan ialah bahagian perut. Bahagian perut memang adalah tempat antara yang paling perlukan masa.
Lagi lagi kalau ada yang mengidam untuk dapatkan bentuk 6 abs tu, memang lagi tersangat perlukan masa.
Ada yang kata, kalau perut buncit atau boroi dengan cepat adalah dengan melakukan sit ups berkali kali selalu.
.
Adakah betul?
TIDAK, bila perut anda dalam keadaan buncit, dan lagi pula anda buat sit up, PASTI perut anda akan menjadi lebih besar dan lebar. PASTI, CONFIRM..
.
Jangan buat sebelum menyesal.
.
Penyebab Perut Buncit!!!
Anda mesti faham, penyebab perut anda buncit adalah besar kemungkinan disebabkan pemakanan anda. Dan kurangnya kadar metobolisme dalam badan. Disebabkan ini, pengawalan pemakanan anda adalah cara yang paling utama untuk mengatasi masalah ini.
.
Berikut merupakan perkongsian kami untuk anda yang cuba untuk kurangkan buncit perut anda. Tips tips di bawah bukan hanya sekadar kata kata biasa, malah ia memang insyaAllah akan menjadi.
Tapi, itu lah. Bahagian perut ni memang perlukan masa lebih sikit.
Disebabkan ia perlukan masa yang lebih lama, buatkan anda senang untuk putus asa dan terus menyalahkan apa sahaja cara yang anda guna. Sedangkan memang tiada cara lain dah selain di bawah ni.
Pertama.
Kurangkan Pengambilan Gula.
.
Gula yang dimaksudkan ini bukan gula yang memang kita panggil gula sahaja tau. Malah kandungan gula dalam buah buahan pun.
.
Contoh macam salah satu diet yang popular ialah Diet Atkin yang memang lansung tak benarkan pengambilan buah buahan semasa dalam tempoh awal diet rutin bermula.
.
Jadi gula, sememang nya tidak dan jangan dan mesti di kurangkan.
.
Dah kurangkan gula, lebihkan pula Air
.
Tips minum air secukup ni boleh kata sudah lapuk. Kami pasti ramai yang sudah tau. Tapi yang lapuk ni lah buat orang lain rasa tersangat malas nak follow. Mungkin 2 3 hari awal pertama sahaja.
Walaupun ia sekadar air biasa yang tersangat murah, tapi tersangat lah juga susahnya nak buat.
.
Disebabkan? Rasanya tawar dan tidak sejuk.
.
Air sejuk kalau boleh jangan minum sebab ia buatkan perut anda menjadi mengelembung..
.
Protein
Pengambilan Protein tidak akan membuatkan badan anda naik. Dan ini adalah salah satu punca utama untuk kejayaan bagi Diet Atkin yang memang mengutamakan protein dalam makanan. Protein juga akan membuatkan anda akan rasa lebih mudah kenyang ( tapi bukan hari pertama anda amalkannya, perlu kan 3 4 hari untuk buat perut anda rasa selesa ).
Tapi jangan ambil terlebih protein atau ambil protein sahaja.
Pastikan ianya seimbang.
.
Karbohirat
Karbohidrat adalah punca utama badan seseorang itu menjadi obes dan kegemukan.
Maka kurangkan makan yang tinggi nilai karbohidrat untuk anda dapatkan pemakanan yang seimbang.
Seperti contoh satu pinggan nasi ada dalam 100g jumlah karbohidrat.
Dan gunakan calculator karbo ini untuk kira berapa jumlah karbohidrat yang anda perlukan sehari.
Kalau lebih daripada apa yang perlu, akan buatkan badan anda makin naik, sekali gus tidak akan mengurangkan saiz perut buncit anda.
.
Lagi satu, untuk kurangkan perut, bukan bermaknya anda boleh sesuka hati untuk memilih mana mana bahagian untuk anda kurangkan.
Diet bukan begitu. Anda mesti lakukan total weight losing pada badan anda.
.
Kardio
Ya memang melakukan sit up akan memburukkan lagi keadaan dan bentuk perut anda sahaja.
Sebab pasti perut anda akan menjadi lebih besar disebabkan otot otot perut yang mengembang disebabkan senaman tekanan yang anda lakukan.
Tapi bukan bermaksudnya anda tidak boleh senaman lansung.
Sebaliknya senaman kardio seperti berlari jogging dan berbasikal adalah solusi terbaik untuk anda percepatkan proses penurunan atau penggunaan jumlah kalori tadi..
.
Akhir sekali yang tidak kurang pentingnya juga ialah…
Anda perlu track perubahan dan tindakan yang anda buat sebagai hasil.
Seperti contoh, anda perlu catat pengambilan jumlah kalori yang anda ambil setiap hari.
.
Begitu juga dengan aktiviti yang anda jalankan untuk membantu mempercepatkan proses pembakaran lemak anda semasa melakukan sukan kardio.
Selain daripada penimbang berat yang anda perlukan sangat sangat.
Anda juga perlukan pita pengukur untuk anda track perubahan yang berlaku..
.
Kerana besar kemungkinan walaupun berat anda masih lagi sama yang anda jangkakan pasti akan turun disebabkan diet yang anda lakukan. Tapi tidak semestinya juga, kerana kemungkinan kesan itu lebih nampak pada ukur lilit perut anda.
.
#musclesolid
#infomusclesolid
#gayahidupsihatmusclesolid
#tipsinfokesihatan
#gayahidupsihat
#fitmalaysia