TIPS MENGURANGKAN KADAR PENGAMBILAN KALORI DALAM BADAN..
.
Tips 1. Berhenti minum minuman yang mengandungi kalori.Ini adalah salah satu daripada tips yang mudah untuk diikuti. Air harus diambil sebagai cecair harian anda. Cuba untuk meminum seberapa banyak air kosong yang boleh, tetapi anda juga boleh merapikan ia dengan memerah lemon atau limau. Tetapi pastikan anda mendapatkan air tanpa natrium.Walaupun susu dan jus tidak sememangnya tidak sihat, ia akan membuatkan kalori bertambah. Jika anda seorang peminum kopi , gula seharusnya separuh dari biasa. Jika anda perlu minum susu , gunakan susu skim sahaja.
.
Tip 2. Makan lebih kerap
Ya, anda mendengar yang betul. Sering kali kita menunggu terlalu lama untuk makan hidangan yang akan datang atau memakan makanan ringan yang sihat. Jika anda pergi terlewat makan di antara waktu makan ,kemungkinan besar anda akan makan berlebihan. Jadi untuk menjadikan kadar metabolisme anda adalah yang terbaik adalah dengan memakan secara konsisten ( setiap beberapa jam).
.
Tip 3. Tambahkan sajian/hidangan sampingan
Setiap kali kita makan , pastikan ia juga termasuk buah-buahan atau sayur-sayuran. Ini akan menambahkan lagi jumlah pukal tanpa semua kalori.
.
Tip 4. Gunakan perasa makanan berkalori rendah.
Ciptakan kehendak rasa untuk memakan makanan yang bersifat masam. Elakkan benda manis Seperti sos tomato yang manis dan mayonis yang berlemak, sebaliknya gunakan mustard pada sandwich anda . Cuba pula bertukar daripada sos salad yang biasa digunakan kepada percikan minyak zaitun pada salad anda. Kemana sahaja anda pergi , pastikan untuk tidak menuangkan kesemua kuah di sebelah apabila anda makan terutamanya bila anda makan di luar.
.
Tip 5. Berhenti menggunakan gula tambahan
Saya selalu mendapati bahawa gula yang banyak adalah seperti dadah. Ia boleh menjadi satu tabiat yang sukar untuk dielakkan tetapi apabila anda cuba mengawal gula dalam badan, anda dapat menyesuaikan diri atau tidak mahukan gula lagi.
.
Tip 6. Kekal terhidrat
Minum air dengan kerap sepanjang hari anda ; ia adalah satu cara yang terbukti untuk mengurangkan ketagihan sehingga waktu makan yang seterusnya .
.
Tip 7. Tingkatkan kesegaran
Segar tidak hanya sekadar ungkapan kata-kata, ia juga bermakna anda akan makan makanan yang diproses segar dan lebih berkhasiat .
.
Tip 8. Makan sarapan
Kajian menunjukkan bahawa makan makanan pagi akan lebih bermakna sekiranya anda merancang memakan kurang sepanjang hari.
.
Tip 9. Tambahkan kadar pengambilan makanan
Mulakan hidangan anda dengan makanan yang berasaskan sup atau hidangan salad yang besar. Ini akan berupaya mengisi penuh perut anda tanpa perlu menambah kalori pada makanan yang seterusnya.
.
Tip 10. Lebihkan masa tidur
Tidur yang cukup ( 7-8 jam bagi kebanyakan kita ) telah dikaitkan dengan kesihatan secara menyeluruh. Selain itu, jika anda tidur lewat pada setiap waktu malam, anda akan lebih terdedah untuk memakan snek yang tidak sihat dan tidak diperlukan oleh tubuh anda.
.
.
No comments:
Post a Comment